Senandung Maaf
Jam 1.30pg.
Aku pasrah. Mesej pertama yang diterima olehku pada hari ni benar2 membuatkan jiwaku bergetar.Ada nada cemas di dadaku bila ditanyakan soalan sebegitu. Wajarkah aku meneruskan hukuman ini ataupun berhentikan sampai disini.? Jauh disudut hatiku, sebak masih menyelubungi diri dengan apa yang terjadi tempoh hari. Sedih, marah, pilu, bosan, geram bermain-main dibenakku. Namun apakan daya, lumrah hidup manusia biasa, mudah alpa.
Perbualan melalui telefon sebentar tadi benar2 membuatkan aku tersentak..Ah mungkin ini balasannya bila aku lupa pada tanggungjawab dan peranan aku sebagai khalifah muka bumi ini.
Namun begitu, aku masih mampu berbangga kerana tidak sesekali pun menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan pertelingkahan. Aku menjadi lebih tenang daripada biasa, malah setiap ungkapan yang dilafazkan benar2 keluar dari hati aku. Ya, inilah selama ini yang ke mahu bicarakan padanya..Jika sebelum ini lidahku kelu untuk berkata2, namun kali ini aku kumpulkan segala kekuatan yang ada untuk berbicara. Alhamdulilah, segalanya sudah selesai. Aku bersyukur, aku masih bersama si dia.
Beberapa hari kebelakangan ini, kerap kali aku terfikirkan, apakah yang telah aku lakukan untuk diriku sendiri. Sejenak aku berfikir. Tiada. Aku mula merasa sayu, bila memikirkan betapa lalainya aku kepada cinta hingga lupa tanggungjawab aku yang sebenar2 nya. Atas sifat kesedaran itu, aku bertekad akan merubah..memberi keutamaan pada diriku, keluargaku dan
perananku dan pada masa yang sama terus terusan mencintai dan menyayangi dirinya.
Peristiwa pahit ini, mungkin akan menjadi tanda peringatan bagiku supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindak tandukku. Ya, benar. Aku menyesal dengan kata2ku tempoh hari, namun jauh di dasar hatiku menyatakan setiap apa yang berlaku pasti ada hikamh disebaliknya. Jadi mengapa perluku ku gusar? Aku berterima kasih pada yang Maha Esa. Kerana dikaulah aku mampu melakukannya.
Amin


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home