Friday, September 11, 2009

HOW IT WILL AFFECT YOU?

Walaupun dalam kesibukan mengtaip assignment, tergerak dalam hati aku nak post entry ni.

Disebabkan tidur lewat malam semalam, aku agak terlewat ke ofis hari ni dan bg mengelakkan ditinggalkan oleh bus DTS dengan hati yang keras aku terpaksa jugak mengeluarkan RM9.00 bayar tambang teksi.Hadoiii...itulah gamaknye kalau kite ni "patah kaki"..Da sampai dalam bus, aku pun hantar la msg macam biasa bagitahu aku dah naik bus dengan selamatnya...so dalam sesi balas membalas SMS adalah satu isu membabitkan pendapat BF aku nak buat saham. Sebelum reply aku fikir 200x dulu ape aku nak type, (takut sebab mulut aku yang salah bagi pandangan habis nanti gaduh lagi) and alhamdulilah kali ni x gaduh. Aku dan dia dapat accept pandangan tu, sebab aku bukan pro sgt investment ni. Nak2 lagi market value,trend turun naik saham, listing company kat bursa..hancus!

Setibanya di ofis, cam biasalah on PC, tgk ladang, bc tajuk besar berita hari ni, kacau orang sana sini then sambung siapkan assignment sebab nak submit ptg ni. Sesi balas membalas msg ok lagi..normal lagi..diselang selikan dengan panggilan telefon sekejap2.

Masuk pukul 12.30, cam biasa la pergi surau nak lelapkan mate sekejap, da siap selubung ngan telekung dah ni..TETTTTTTT...alarm clock dah bunyik, berjaya jugak lah snooze 2 3 kali..tp bila memikirkan kawan2 yang kat bawah, ish x fair kene bgn ni..dieorang pun nak lunch jugak.

Tepat 1.20, aku kejutkan si dia bangun to make sure yg die x sambung tido dan pergi Solat Jumaat,.Alhamdulilah, da otw da pun...sempat la aku buat lawak pasal die nak buat saham tu. Aku cakap kalau dapat profit aku nak barang kemas..................Setepek dapat balik.Baik punya syarahan. Mungkin syaitan sekarang tengah merasuk aku membuatkan aku rase jawapan tu x layak diterima oleh aku, sebab bile aku fikir2 balik.

1) Bukan everytime kalau aku dapat gaji, die melawak suruh bagi die ke?
2) X kan die x faham lg aku ni macam mane?
3)Lawak aku x menjadi ke?
4)Perempuan ni mmg pisau cukur ke?
5)Mmg aku x perlu tahu ke, atau pun mmg die patut bagi tahu ke ataupun terpaksa bagitahu? (Ke satu tradisi jek)

Memang susah nak telan sebab niat aku melawak jek, tak terfikir pun nak mengikis ke, nak share profit ke nak hape ke sebab pada aku itu hak die?...tapi itu adalah realiti dah terlepas cakap dah pun, nak buat macam mana.

Jadi dalam teks syarahan Dr.Fadzillah Kamsah ade menyebutkan bahawa manusia ni mmg baik, tapi sentiasa ingat manusia rambutnya sentiasa sama hitam tapi hati itu lain2, so part2 tu kite kena jaga, sebab sebagai manusia, mustahil kita dapat membaca isi hati orang lain =)

"Jadi renung2 kan dan selamat beramal"





0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home