Thursday, September 24, 2009

JANGAN CURANG!





http://www.youtube.com/watch?v=Nc31RJNc_jM




syahdu betul (kalau nak lagi syok tunggu minit ke 3.07)

Lirik tidak dapat disediakan kerana author kurang fasih dengan bahasa mereka.Walau bagaimanapun anda masih boleh mencari dengan mem browse di google ataupun di search2 engine yang lain.Harap maklum.

Monday, September 14, 2009

DEMI MENCARI REZEKI

gambar sekadar hiasan



Beginilah keadaan di dalam bus menghala ke Cyberjaya dari Shah Alam. Kebanyakan penumpang yang menaiki bas ini bekerja di Call Center untuk beberapa syarikat besar seperti Dell dan HSBC. Sedang orang lain lena diulit mimpi, kami bergegas mengejar bus DTS ini kerana bas-bas ini hanya akan datang dengan kekerapan satu jam sekali. Dengan kadar tambang yang agak fleksibel (RM 213.00) bus yang disediakan oleh RAPID KL ini memudahkan perjalanan kami.




Sedikit sebanyak yang anda perlu tahu tentang bus ini :


a) pas bulanan harus dibeli sekurang-kurangnya 2 hari sebelum bulan berikutnya
b) anda sgt beruntung jika syarikat anda membiayai pas bulanan ini, jika tidak,
RM 213 yang disimpan oleh anda untuk beli baju ZARA terpaksa dikuburkan
c) perjalanan adalah 24 jam sehari dengan kekerapan 1 jam setengah sekali
(depends pada pickup point)
d) sebelum memulakan perjalanan,driver kadang pun tertido jugak hingga menyebabkan kelewatan
e) JANGAN SESEKALI LUPA MEMBAWA BUS PASS ANDA, JIKA TIDAK "GET OUT"
f) jangan risau tentang kapasiti, jika tempat duduk penuh, bus lain akan
datang menjemput anda.

JADI BILA ISTERI2 ANDA ATAU SUAMI2 ANDA KELUAR SEAWAL 6 PAGI JGN SESEKALI MEMARAHI MEREKA KERANA MEREKA KELUAR MENCARI REZEKI.










Friday, September 11, 2009

HOW IT WILL AFFECT YOU?

Walaupun dalam kesibukan mengtaip assignment, tergerak dalam hati aku nak post entry ni.

Disebabkan tidur lewat malam semalam, aku agak terlewat ke ofis hari ni dan bg mengelakkan ditinggalkan oleh bus DTS dengan hati yang keras aku terpaksa jugak mengeluarkan RM9.00 bayar tambang teksi.Hadoiii...itulah gamaknye kalau kite ni "patah kaki"..Da sampai dalam bus, aku pun hantar la msg macam biasa bagitahu aku dah naik bus dengan selamatnya...so dalam sesi balas membalas SMS adalah satu isu membabitkan pendapat BF aku nak buat saham. Sebelum reply aku fikir 200x dulu ape aku nak type, (takut sebab mulut aku yang salah bagi pandangan habis nanti gaduh lagi) and alhamdulilah kali ni x gaduh. Aku dan dia dapat accept pandangan tu, sebab aku bukan pro sgt investment ni. Nak2 lagi market value,trend turun naik saham, listing company kat bursa..hancus!

Setibanya di ofis, cam biasalah on PC, tgk ladang, bc tajuk besar berita hari ni, kacau orang sana sini then sambung siapkan assignment sebab nak submit ptg ni. Sesi balas membalas msg ok lagi..normal lagi..diselang selikan dengan panggilan telefon sekejap2.

Masuk pukul 12.30, cam biasa la pergi surau nak lelapkan mate sekejap, da siap selubung ngan telekung dah ni..TETTTTTTT...alarm clock dah bunyik, berjaya jugak lah snooze 2 3 kali..tp bila memikirkan kawan2 yang kat bawah, ish x fair kene bgn ni..dieorang pun nak lunch jugak.

Tepat 1.20, aku kejutkan si dia bangun to make sure yg die x sambung tido dan pergi Solat Jumaat,.Alhamdulilah, da otw da pun...sempat la aku buat lawak pasal die nak buat saham tu. Aku cakap kalau dapat profit aku nak barang kemas..................Setepek dapat balik.Baik punya syarahan. Mungkin syaitan sekarang tengah merasuk aku membuatkan aku rase jawapan tu x layak diterima oleh aku, sebab bile aku fikir2 balik.

1) Bukan everytime kalau aku dapat gaji, die melawak suruh bagi die ke?
2) X kan die x faham lg aku ni macam mane?
3)Lawak aku x menjadi ke?
4)Perempuan ni mmg pisau cukur ke?
5)Mmg aku x perlu tahu ke, atau pun mmg die patut bagi tahu ke ataupun terpaksa bagitahu? (Ke satu tradisi jek)

Memang susah nak telan sebab niat aku melawak jek, tak terfikir pun nak mengikis ke, nak share profit ke nak hape ke sebab pada aku itu hak die?...tapi itu adalah realiti dah terlepas cakap dah pun, nak buat macam mana.

Jadi dalam teks syarahan Dr.Fadzillah Kamsah ade menyebutkan bahawa manusia ni mmg baik, tapi sentiasa ingat manusia rambutnya sentiasa sama hitam tapi hati itu lain2, so part2 tu kite kena jaga, sebab sebagai manusia, mustahil kita dapat membaca isi hati orang lain =)

"Jadi renung2 kan dan selamat beramal"





Wednesday, September 9, 2009

T R A N S F O R M A S I

"Oh senior, engkaulah yang paling ku sayang

Hari2 kene lari padang, sampai pengsan,

Sakit nya hati aku ini,

Tapi aku tabah menghadapi,

Semuanya kerana senior yang tersayang "

Mengikut irama Jejaka Idaman nyanyian Raja Ema.



Previously, I am a band girl in one of the top school in Johore Bahru, i used to play French Horn but my talent urged me to choose playing trumpet. As a band girl, we are not allowed to smile at all especially when we were performing or elso the DO will marched you up to 10 times .



Therefore, as our tag line is "Rain or Shine the Band Still Stand" we doesnt have any opportunity to put on Sun Block or whatever face product to make our skin looks brighter. We have to be black! My friends and I also does not having enough time to flirt around with all those guys from EC,SDJ etc...=)


Recently, one of my friend tagged my school picture and I was so urgh...wth?











Nowadays, being an adult, I cant live without facial cleanser,toner and moisturiser to make my skin healthy! And here we are ~


































































































Sunday, September 6, 2009

projek yang berterusan



sekarang ini planning untuk bergelar seorang usahawanita yg berjaya sedang bekobar2 membiak dalam diri aku..hari2 aku di dok estimate cost dengan harapan ade rezeki yg lebih supaya lenght of time untuk buat semua bende ni kurang dari tempoh 4 tahun. walaupun aku graduan diploma perakaunan tp part2 nak faham prinsip2 ni mmg lembab tahap gaban!

last week hari jumaat, aku dapat email dari kawan aku, die hantar pasal kisah2 yang dilalui oleh seorang ibu tunggal yang juga pengusaha produk kecantikan.insaf beb!

mmg apa yang die cakap tu betul dan tepat, jadi kalau die yg tunggal tu boleh buat, aku yg cukup sifat dan berkaliber ni x kan x boleh!

yang penting semuanya akan termakbul dan jadi dengan usaha da doa yang x putus pada Allah s.w.t

p/s : aku rase cam nak sepok jek mamat arab tepi aku ni dengan mangkuk macam die sorang nak cakap dengan kawan die.I WISH I CAN RECORD IT!

cheers!